Main Menu
Entertainment
Career
Video
Script
Articles
Info
Album

Entry Menarik:Gambar Kahwin:
DPLI Ambilan Januari 2009
Semakan Panggilan MTeST-KPLI
GangStarz Contestants
Pelajar Akademi Fantasia
Tarikh penting KPLI & DPLI
Azharina, Datuk Sukri sah bercerai
Who is Raja Petra???
Awek Danny X-Fator
MTeST Info
Artis Paling Kontroversi
Jue Aziz dan Jehan Miskin sudah berpisah?
Ina Naim dapat anak lelaki
Ning Baizura
Dynaz
Nasrizal Ngasri
Beego


Kakak Siti, nenek layak sertai AF6


 

 gambar-gambar ini diambil dari laman web "Mangga Online"

 

Oleh Norhadiani Baharom (Harian Metro)

KUALA LUMPUR: Kakak kepada penghibur tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin iaitu Siti Norsaida Taruddin (Saida), 32 dan seorang nenek kepada dua cucu, Hairina Abd Halim (Mama Rina), 44, antara peserta yang layak menyertai Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6).

Pengumuman itu dibuat Astro, pada sidang media memperkenalkan 25 calon pelajar AF6 bertempat di Hotel JW Marriot, petang semalam.

Pemilihan Saida, ibu kepada empat cahaya mata yang menjadikan Rossa dan Kris Dayanti sebagai idola, sekali gus mengakhiri spekulasi dan menepati ramalan pelbagai pihak sebelum ini.

Manakala, pembabitan Mama Rina sememangnya menjadi tarikan kerana sejak menyertai peringkat uji bakat AF6, dia bukan saja berjaya mencuri perhatian media tetapi juga jutaan peminat setia program ini.

Penganjuran AF6 bertambah menarik dengan penyertaan pemuzik angklung yang pernah memenangi pingat emas dalam pertandingan World Championship of Performing Arts di Los Angeles pada 2005 iaitu Khairul Nizam Baharom (Toi), 31.

Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah berkata, penganjuran AF6 kali ini tampil dengan pelbagai kelainan dan kejutan yang menjadikan ia lebih menarik dan penuh warna.

“Penyertaan seorang nenek, kakak kepada penghibur terkenal serta pemain angklung bertaraf dunia akan memberi impak dan keunikan tersendiri pada program ini.

“Seperti sedia maklum, AF tidak menilai peserta dari bakat nyanyian saja malah beberapa kriteria dan ciri khas lain. Pemilihan Mama Rina misalnya, satu tarikan yang unik kerana peringkat uji bakat lagi pihak media memberikan publisiti meluas kepadanya,” katanya.

Katanya lagi, semua pelajar akan dinilai dari pelbagai aspek sepanjang minggu ini dan antara 12 hingga 16 peserta terbaik akan diumumkan dalam Tirai Akademi Fantasia di Astro Ria pada Ahad ini, jam 8.30 malam.

Berbeza lima musim sebelumnya, AF6 yang memulakan pencarian di enam lokasi seluruh Malaysia bermula awal tahun ini membuka penyertaan kepada remaja belasan tahun sehinggalah individu berusia 45 tahun.

Uji bakat AF6 turut mencipta sejarah apabila mendapat sambutan luar biasa dengan 6,000 penyertaan.

Musim ini tambah menarik, dengan penyertaan calon pelajar Siti Nurulhidayu Basir (Ida), 21, yang dipilih melalui uji bakat ‘wildcard’ yang dikendalikan stesen Era selaku radio rasmi.

Selain, pembabitan tiga anggota Equal Star juga bekas peserta program realiti Gang Starz tiga iaitu Mohammed Idris Mohd Zaizizi (Riz), 22, Mohd Nazib Zaidi (Nazib), 26 dan Azharuddin Ramli (Azhar), 24.

Astro turut mengumumkan pengkritik tetap iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dan Ning Baizura.

One Response to “Kakak Siti, nenek layak sertai AF6”

  1. 1
    Dewey Trolinger Says:

    Compare a restaurant plate then to one now that you can get from Atlantic City or Las Vegas Buffets. As much as you hate exercises, you cannot ignore the fact that if you want to lose weight quickly, you need to workout at least twice per week the more the better, however, you don’t need to stress yourself with special abs workouts, sit ups, push ups.

Leave a Reply