Main Menu
Entertainment
Career
Video
Script
Articles
Info
Album

Entry Menarik:Gambar Kahwin:
DPLI Ambilan Januari 2009
Semakan Panggilan MTeST-KPLI
GangStarz Contestants
Pelajar Akademi Fantasia
Tarikh penting KPLI & DPLI
Azharina, Datuk Sukri sah bercerai
Who is Raja Petra???
Awek Danny X-Fator
MTeST Info
Artis Paling Kontroversi
Jue Aziz dan Jehan Miskin sudah berpisah?
Ina Naim dapat anak lelaki
Ning Baizura
Dynaz
Nasrizal Ngasri
Beego


UM universiti cemerlang

PUTRAJAYA: Universiti Malaya (UM) semalam diiktiraf sebagai universiti cemerlang apabila memperoleh skor 5 bagi kategori universiti berasaskan penyelidikan menurut kajian Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Awam (Setara) tahun lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pencapaian UM itu mengatasi tiga lagi universiti dalam kelas sama iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang memperoleh skor 4 (Sangat Baik) manakala Universiti Sains Malaysia (USM) pula memperoleh skor 3 (Baik).

Ini pertama kali kita menggunakan sistem ini (Setara) dan ia bertujuan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan IPTA dalam usaha membudayakan penambahbaikan kualiti berterusan,” katanya di sini, semalam.

Kajian Setara dilakukan pasukan yang diketuai Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM, Dr Che Husna Azhari bersama empat tenaga akademik UKM dan seorang wakil bebas, serta diselia Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Bagi kategori universiti umum, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berada di skor 4 (Sangat Baik) manakala Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berada di skor 3 (Baik).

“Bagi kategori universiti khusus, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berada di skor 3 (Baik) manakala Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (UTTHO), Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) berada di skor 2 (Memuaskan),” katanya.

Mohamed Khaled berkata, sistem penarafan yang dipersetujui Jemaah Menteri pada Oktober 2005 itu mengandungi enam domain utama dan 89 indikator, serta dinilai berdasarkan skor 1-6 dengan yang tertinggi dikategorikan sebagai terbilang, diikuti dengan cemerlang, sangat baik, baik, memuaskan dan yang terakhir adalah lemah.

Kalau dibandingkan dengan Times Higher Education Supplement (THES), domain mereka kebanyakannya lebih kepada persepsi, manakala sistem ini lebih komprehensif dengan domain seperti reputasi staf akademik, pemilihan pelajar, penyelidikan, program akademik, sumber dan pengurusan,” katanya. — Bernama

Leave a Reply