Main Menu
Entertainment
Career
Video
Script
Articles
Info
Album

Entry Menarik:Gambar Kahwin:
DPLI Ambilan Januari 2009
Semakan Panggilan MTeST-KPLI
GangStarz Contestants
Pelajar Akademi Fantasia
Tarikh penting KPLI & DPLI
Azharina, Datuk Sukri sah bercerai
Who is Raja Petra???
Awek Danny X-Fator
MTeST Info
Artis Paling Kontroversi
Jue Aziz dan Jehan Miskin sudah berpisah?
Ina Naim dapat anak lelaki
Ning Baizura
Dynaz
Nasrizal Ngasri
Beego


Raja Petra dituduh hasut

Oleh Munira Yusoff dan Siti Nurazlinee Azmi (Berita Harian)

 


HADAPI TUDUHAN: Raja Petra dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, semalam atas tuduhan menerbitkan artikel menghasut di laman web Malaysia-Today. Beliau kemudian ditahan di Penjara Sungai Buloh selepas gagal membayar wang jaminan RM5,000.
 

Penulis blog Malaysia-Today dan Syed Akbar didakwa siar artikel berunsur hasutan

PETALING JAYA: Dua penulis blog, Raja Petra Raja Kamaruddin dan Syed Akbar Ali, didakwa secara berasingan di Mahkamah Sesyen di sini dan Kuala Lumpur semalam atas tuduhan menerbitkan artikel berunsur hasutan dalam laman web Malaysia-Today.

Ini adalah kali pertama penulis blog didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara tiga tahun jika sabit kesalahan.

Raja Petra, 58, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, kira-kira jam 11 pagi, tidak mengaku salah terhadap tuduhan menerbitkan artikel bertajuk Let’s Send The Altantuya Murderers To Hell dalam laman web www.malaysia-today.net pada 25 April lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di No 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

Hakim Nurmala Salim menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan selama lima hari bermula 6 Oktober ini. Raja Petra bagaimanapun tidak membayar wang jaminan itu dan ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Leave a Reply