Main Menu
Entertainment
Career
Video
Script
Articles
Info
Album

Entry Menarik:Gambar Kahwin:
DPLI Ambilan Januari 2009
Semakan Panggilan MTeST-KPLI
GangStarz Contestants
Pelajar Akademi Fantasia
Tarikh penting KPLI & DPLI
Azharina, Datuk Sukri sah bercerai
Who is Raja Petra???
Awek Danny X-Fator
MTeST Info
Artis Paling Kontroversi
Jue Aziz dan Jehan Miskin sudah berpisah?
Ina Naim dapat anak lelaki
Ning Baizura
Dynaz
Nasrizal Ngasri
Beego


Raja Petra dakwa terserempak tertuduh kes Altantuya

Pengendali lamanweb Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin telah dibebaskan dengan ikatjamin pada jam 9.30 pagi tadi di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Semasa di penjara Sungai Buloh, beliau mendakwa telah terserempak dengan dua tertuduh dalam kes perbicaraan pembunuhan Altantuya Shaaribuu iaitu Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri yang didakwa membunuh Altantuya, di lokasi mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 19-20 Oktober 2006 

Kedua-dua mereka menjerit dan mengugutnya dan pihak berkuasa penjara bimbang tentang keselamatannya, kata Raja Petra selepas dibebaskan pagi ini.

Beliau berkata, oleh kerana mereka tidak dapat menjamin keselamatannya, maka beliau bersetuju dengan permintaan pihak berkuasa supaya diikatjamin.

Raja Petra juga berkata beliau tidak mogok lapar seperti yang dilaporkan sebelum ini tetapi enggan mengambil makanan yang disajikan oleh pihak penjara.

Makanan itu dibayar oleh rakyat. Saya tidak fikir duit rakyat dibelanjakan dengan sewajarnya," kata beliau.

Sebelum itu, Raja Petra tiba di mahkamah dari penjara Sungai Buloh pada kira-kira jam 9.25 pagi.

Beliau memakai seluar jean dan baju kuning yang sama dipakainya sewaktu dihadapkan ke mahkamah Selasa lalu.

Kira-kira 50 penyokongnya yang menunggunya di perkarangan mahkamah, bertepuk tangan sebaik sahaja Raja Petra tiba di situ. Raja Petra kelihatan melambai ke arah mereka.

Mereka memakai baju-T berwarna kuning dengan wajah Raja Petra serta dengan tulisan ‘Justice for all…Tantuya’

Raja Petra, dihadapkan ke mahkamah Selasa lalu atas tuduhan menghasut. Beliau enggan membayar ikatjam RM5,000 kerana katanya tidak mampu berbuat demikian.

Kesnya telah ditetapkan untuk didengar pada 6 hingga 10 Oktober depan.

 

sumber: Malaysiakini.com

Leave a Reply