PTPTN kaji caj tiga peratus-ni yang nak dengar ni!
Oleh Amirullah Andi Nur (Berita Harian Online)
Datuk Idris Haron
Menteri arah bayaran perkhidmatan diteliti bagi kurang beban peminjam
MELAKA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diarah mengkaji semula kadar caj perkhidmatan tiga peratus yang kini dikenakan kepada semua peminjamnya bagi mengurangkan beban mereka membayar balik pinjaman itu.
Arahan itu dibuat selepas isu caj perkhidmatan PTPTN dibangkitkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dalam mesyuarat kementerian baru-baru ini berikutan banyak rungutan yang diterima mengenainya.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, berkata Mohamed Khalid sudah mengarahkan supaya PTPTN membuat kajian mengenai caj perkhidmatan itu dengan tujuan memberi keselesaan kepada peminjam.
Arahan itu dibuat selepas beliau meneliti pelbagai rungutan berkaitan isu berkenaan yang disampaikan banyak pihak termasuk pelajar dan ibu bapa,” katanya selepas merasmikan Forum Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) Bersama Industri, di sini, semalam.
Program sehari ini dihadiri kira-kira 150 peserta dari empat universiti teknikal, iaitu Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Bagaimanapun, Idris enggan mengulas jika arahan itu termasuk meminta PTPTN supaya mengurangkan caj perkhidmatan itu yang dianggap membebankan peminjam, sebaliknya meminta semua pihak menunggu hasil kajian berkenaan.
Beliau menegaskan, caj perkhidmatan tiga peratus yang kini dikenakan PTPTN bukan bertujuan membebankan peminjam khususnya pelajar yang baru menamatkan pengajian, sebaliknya diwujudkan bagi membiayai pengurusan PTPTN supaya ia dapat beroperasi dengan lancar.
Katanya, peminjam harus sedar wang yang digunakan untuk membiayai mereka sepanjang tempoh pengajian diperoleh daripada sumber kewangan lain yang turut mengenakan pelbagai caj kepada kerajaan pada kadar yang jauh lebih tinggi.
Namun, kerajaan bersikap prihatin kerana sanggup menyerap hampir semua kos yang tinggi itu dan hanya mengenakan tiga peratus caj perkhidmatan bagi memastikan semua peminjam PTPTN tidak perlu menanggung beban.
“Caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN itu sebenarnya lebih menjurus kepada komitmen bagimemastikan dana daripada tabung berkenaan dapat terus disalurkan, sekali gus memastikan ia berjalan lancar,” katanya.
Idris yang juga Exco Pemuda Umno turut menegur segelintir peminjam PTPTN yang masih berdegil dan enggan membuat pembayaran balik walaupun selepas beberapa kali diberi notis peringatan, selepas menamatkan pengajian dan bekerja.
Mereka perlu sedar, bayaran balik mesti dibuat untuk menjamin kesinambungan PTPTN. Kalau enggan bayar balik, ia boleh diibaratkan seperti menganiaya adik atau anak sendiri yang nanti mungkin tidak mendapat pinjaman kerana tabung itu kehabisan dana,” katanya.
Pada 19 April lalu, akhbar ini melaporkan kira-kira 17,500 peminjam PTPTN akan diheret ke mahkamah secara berperingkat dalam tempoh terdekat kerana gagal memberi maklum balas kepada agensi itu berhubung notis tuntutan diserahkan kepada mereka sejak 1997.
Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Yunos Abdul Ghani, dilaporkan berkata nama 14,000 daripada mereka sudah diserahkan ke Jabatan Imigresen dan berkuat kuasa serta-merta mereka dihalang ke luar negara, manakala nasib 3,500 individu masih belum diputuskan di mahkamah.
Januari lalu, PTPTN juga sudah menghantar senarai nama 200,000 peminjamnya yang ingkar membayar balik pinjaman kepada Jabatan Imigresen bagi menghalang mereka ke luar negara, termasuk untuk mengerjakan haji atau umrah.
PTPTN berkata, tindakan tegas menyenaraihitamkan nama serta mengambil tindakan mahkamah terhadap peminjam itu terpaksa diambil selepas mereka berdegil dan bersikap acuh tak acuh dalam soal pembayaran balik pinjaman.






October 1st, 2010 at 10:36 pm
Buy the expensive ones because these are the products that has the true content. Some of the guidelines that were followed while choosing the top three herbal supplements were the manufacturing quality, if they met the standards of the Health Association the ingredients used were safe and in accordance to the Medical Association whether the weight loss achieved remained for long time or not whether the supplements had any medical or clinical trials backing whether there was any provision of money back guarantee or not.
March 4th, 2011 at 12:39 am
Useful article, approval for demography the the perfect time to specify it together. I like the administering you could be demography your blog. I’ll be bookmarking your internet internet site therefore i can accrue up from the future. wants to discover added posts soon.
May 1st, 2011 at 4:28 pm
The excavator bucket is indeed very useful in different areas especially that it is a very durable and powerful equipment in digging up materials based on its capacity. They deserve precedence over everything else and should be allowed their way before you proceed.