Dr. Mahathir ada Blog sendiri
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam menyertai komuniti penulis blog apabila mewujudkan blog sendiri yang boleh dilayari menerusi www.chedet.com.
Dalam mukadimahnya, Dr. Mahathir berkata, laman itu "ditujukan khas untuk menerbitkan hasil tulisan saya apabila saya berupaya untuk mencoretkan pandangan dan pendapat".
C.H.E. Det, adalah nama pena beliau bagi artikelnya yang diterbitkan oleh Sunday Times antara 1946-1950, yang kebanyakannya menyentuh mengenai kesukaran ekonomi dan politik orang Melayu pada ketika itu.
Dr. Mahathir, 82, terkenal kerana minatnya untuk menulis dan telahpun menulis beberapa buku termasuk buku kontroversi Malay Dilemma yang diterbitkan pada 1970.
Beliau kini menyertai anak perempuannya, Datin Paduka Marina yang merupakan seorang penulis blog sejak beberapa tahun lepas menerusi blog www.Rantings.com. - Bernama






