Main Menu
Entertainment
Career
Video
Script
Articles
Info
Album

Entry Menarik:Gambar Kahwin:
DPLI Ambilan Januari 2009
Semakan Panggilan MTeST-KPLI
GangStarz Contestants
Pelajar Akademi Fantasia
Tarikh penting KPLI & DPLI
Azharina, Datuk Sukri sah bercerai
Who is Raja Petra???
Awek Danny X-Fator
MTeST Info
Artis Paling Kontroversi
Jue Aziz dan Jehan Miskin sudah berpisah?
Ina Naim dapat anak lelaki
Ning Baizura
Dynaz
Nasrizal Ngasri
Beego


‘Tiada santau melalui SMS’

Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my

SEREMBAN: Santau tidak mungkin boleh disebarkan melalui talian telefon kerana ada syarat tertentu yang perlu dipatuhi pengamal ilmu sesat itu bagi memastikan ia berkesan.

Malah, mereka yang terkena ilmu hitam itu tidak akan terus meninggal dunia kerana pengamal santau biasanya mahu mangsa menderita terlebih dulu.

Pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Terapi Al-Quran Darul Hikmah di Alor Star, Kedah, Abdul Malik Lazim, berkata memang jin dikaitkan dengan gelombang tetapi ia tidak boleh sewenang-wenangnya diarahkan untuk ‘mengena’ mangsa kerana ada syarat tertentu perlu dipatuhi.

Pengamal ilmu sihir biasanya akan meminta pertolongan jin dengan menyatakan nama orang yang akan disantau. Mangsa yang terkena tidak tahu dia menderita, malah saya sendiri pernah merawat pesakit yang terkena santau selama 30 tahun,” katanya yang dihubungi semalam.

Beliau berkata, penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya ada pengamal ilmu hitam mahu menguji ilmunya melalui talian telefon mengarut dan tidak masuk akal.

“Penyebaran SMS itu bukan saja menyusahkan orang ramai malah boleh menyebabkan perkara khurafat. Saya meminta sesiapa yang menerimanya supaya tidak menghantarnya kepada orang lain,” katanya.

Beliau mengulas mengenai laporan Harian Metro semalam mengenai keresahan orang ramai apabila menerima SMS berantai yang memberi amaran supaya tidak mengangkat telefon jika dihubungi satu nombor pelik, kononnya boleh meragut nyawa mereka yang menjawab panggilan itu.

SMS yang tersebar luas sejak seminggu lalu menasihatkan orang ramai tidak menjawab panggilan misteri yang dikatakan mengandungi unsur sihir kononnya sedang diuji sekumpulan penuntut ilmu hitam.

One Response to “‘Tiada santau melalui SMS’”

  1. 1
    free international phone calls online Says:

    Hi my loved one! I want to say that this post is amazing, nice written and come with approximately all significant infos. I’d like to see extra posts like this.

Leave a Reply