Semakan Tawaran Ke Program KPLI 2010
Semakan Tawaran Ke Program KPLI 2010
Main Menu
Entertainment
Career
Video
Script
Articles
Info
Album

Entry Menarik:Gambar Kahwin:
DPLI Ambilan Januari 2009
Semakan Panggilan MTeST-KPLI
GangStarz Contestants
Pelajar Akademi Fantasia
Tarikh penting KPLI & DPLI
Azharina, Datuk Sukri sah bercerai
Who is Raja Petra???
Awek Danny X-Fator
MTeST Info
Artis Paling Kontroversi
Jue Aziz dan Jehan Miskin sudah berpisah?
Ina Naim dapat anak lelaki
Ning Baizura
Dynaz
Nasrizal Ngasri
Beego


Pertemuan Siti Nurhaliza dan Celine Dion


Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA saharudin.musthafa@utusan.com.my

Impian Datin Seri Siti Nurhaliza bertemu penyanyi pujaannya termakbul.

Pada satu pertemuan eksklusif yang diatur oleh kenalan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur kelmarin, Siti bagaikan tidak percaya, dia berpeluang bertentang mata dengan Celine.

Sebaik ternampak kelibat dia (Celine), hati Siti berdebar. macam tak percaya yang Siti berada di hadapannya,” kata Siti menggambarkan perasaannya sebaik Celine melangkah ke bilik persendirian hotel berkenaan iaitu tempat dia bertemu penyanyi itu.

Sapaan Celine menarik perhatian Siti. Tanpa dibayangi imej superstar antarabangsa, Celine menyapa Siti bagaikan mereka sudah lama berkenalan.

Barangkali juga, awal-awal lagi pengurusan Celine sudah memaklumkan kepada penyanyi itu bahawa artis Malaysia yang bakal ditemuinya itu bukan calang-calang artis.

Celine begitu ramah. Menjawab satu persatu soalan yang diajukan padanya. Bahkan, dia juga sangat mesra melayan Siti.

Biarpun kemesraan yang terjalin antara Siti dan Celine hanya sesingkat 15 minit, namun pertemuan eksklusif berkenaan seperti melengkapkan keinginan lebih sedekad Siti untuk bertentang mata dengan penghibur kelahiran Kanada itu sekurang-kurangnya.

Dan sudah tentu, peluang keemasan itu direbut oleh Siti untuk menghadiahkan Celine album terbarunya, Hadiah Daripada Hati yang ditandatanganinya.

sumber: http://orkidlah8.fotopages.com

2 Responses to “Pertemuan Siti Nurhaliza dan Celine Dion”

  1. 1
    jantan sejati Says:

    cantek tu beb.

  2. 2
    amirah husna Says:

    macam orang kampung mane je siti nurhaliza ni…rantai nak pakai, subang besar nak pakai, baju ketat tapi gemuk…cuba badingkan dengan Celine Dion kat sebelah tu simple aje

Leave a Reply