Main Menu
Entertainment
Career
Video
Script
Articles
Info
Album

Entry Menarik:Gambar Kahwin:
DPLI Ambilan Januari 2009
Semakan Panggilan MTeST-KPLI
GangStarz Contestants
Pelajar Akademi Fantasia
Tarikh penting KPLI & DPLI
Azharina, Datuk Sukri sah bercerai
Who is Raja Petra???
Awek Danny X-Fator
MTeST Info
Artis Paling Kontroversi
Jue Aziz dan Jehan Miskin sudah berpisah?
Ina Naim dapat anak lelaki
Ning Baizura
Dynaz
Nasrizal Ngasri
Beego


Sedikit info tentang Mawi

sumber: Wikipedia

Asmawi Ani atau Mawi (lahir 25 Ogos 1981) merupakan juara rancangan realiti TVAkademi Fantasia Musim ke-3 di Malaysia pada tahun 2005. Pada mulanya, dia telah tersingkir daripada konsert prelude namun dia diserap kembali di akhir konsert minggu pertama berdasarkan pemilihan juri terhadap 8 pelajar yang tersingkir itu. Dia memulakan pembelajaran di Akademi Fantasia bersama Marsha di minggu kedua. Mawi telah melakar pelbagai kemenangannya terhadap kesemua pertandingan yang dimenanginya sehinggakan digelar Raja SMS kerana sering mengungguli anugerah melalui undian SMS sebelum timbul kontroversi terhadap dirinya daripada pihak media.

Dalam masa tiga bulan sepanjang pertandingan ini berlangsung, beliau terus menjadi seorang ikon negara setanding dengan penyanyi terkenal tanah air seperti Siti Nurhaliza. Asmawi memenangi Akademi Fantasia 3 dengan kemenangan yang mudah dan sudah dijangka lagi, tidak seperti juara-juara Akademi Fantasia sebelumnya. Akibat daripada kemenangannya, satu fenomena Mawi telah muncul di Malaysia

Hanya memerlukan tidak kurang daripada setengah tahun sahaja, beliau telah berjaya menjadi seorang jutawan hasil daripada tajaan-tajaan yang mencurah-curah dan jualan album yang sangat memberangsangkan terhadapnya.

Mawi terkenal dengan frasa "World" dan seringkali disahut oleh peminatnya, "Mawi World!". Sungguhpun beliau kini popular, namun terdapat 1 perkara yang paling mengecewakan peminat-peminatnya malahan telah mencalarkan sedikit popularitinya ialah apabila beliau memutuskan ikatan pertunangannya dengan Nordiana Mohd Naim atau Ina Naim yang kini mengikuti jejak langkahnya sebagai penyanyi. Ibarat kata orang tua-tua, jodoh di tangan Tuhan. Akan tetapi, tindakannya untuk berpisah dengan Nurdiana tersebut bukan sahaja mengecewakan kedua-dua buah keluarga malahan kerabat diraja Johor iaitu Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail sendiri turut berasa kecewa kerana Mawi telah melanggar amanat baginda untuk menjaga tunangannya itu dan menjadikan beliau sendiri sebagai contoh dan ikon utama negeri Johor. Sungguhpun kedua-duanya sudah berpisah tetapi hubungan mereka masih amat baik. Malahan Mawi sendiri pernah mengingatkan bekas tunangnya supaya berhati-hati apabila hidup sebagai artis.

 

Anugerah yang dimenangi oleh Mawi

ABP(Anugerah Bintang Popular 2007)

  • Bintang Paling Popular
  • Penyanyi Lelaki Popular

 

ABP(Anugerah Bintang Popular 2006)

  • Bintang Paling Popular
  • Penyanyi Lelaki Popular
  • Artis Berkumpulan/Duo Popular (bersama Jamal Abdillah)

 

ABP(Anugerah Bintang Popular 2005)

  • Bintang Paling Popular
  • Penyanyi Lelaki Popular
  • Artis Baru Lelaki Popular

 

HITS 1 (RTM/MALAYSIA)

  • Lagu Terbaik 2006 - Lagu Jiwa Lagu Cinta

 

Anugerah Juara Lagu 2007

  • Persebahan Terbaik - Angan Dan Sedar

 

Anugerah Juara Lagu ke 2006 (TV3/Malaysia)

  • Persembahan terbaik - Aduh Saliha
  • Kategori Etnik Kreatif - Aduh Saliha 

 

Anugerah Era (2006)

  • Penyanyi Lelaki Popular
  • Lagu Balada Popular (Kian)
  • Lagu Etnik Popular (Aduh Saliha)
  • Artis SMS Digi
  • Lagu Paling Popular 2005 (Aduh Saliha)
  • Video Klip Popular (Lagu Jiwa Lagu Cinta - arahan Mamat Khalid)

 

MTV AWARDS 2005

  • Artis Paling Popular - Malaysia

 

Anugerah Planet Muzik

  • Lagu Paling Popular - Aduh Saliha (2006)
  • Lagu Paling Popular - Kian (2007)
  • Artis Lelaki Paling Popular (2007)

 

Album

  • Best Of Mawi World (Ogos 2005) Jualan 165,000 unit
  • Mawi… Yang Tercinta (November 2005) Jualan 126,000 unit
  • Doa, Berzanji & Qasidah Berlagu (April 2006) Jualan 118,000 unit
  • Mawi Yang Tercinta MTV Karaoke (2006)
  • Selingkar Kisah (Kehidupan Seharian Mawi di AF) (2006)
  • Satu Dalam Seribu (2007)

Leave a Reply