Semakan Tawaran Ke Program KPLI 2010
Semakan Tawaran Ke Program KPLI 2010
Main Menu
Entertainment
Career
Video
Script
Articles
Info
Album

Entry Menarik:Gambar Kahwin:
DPLI Ambilan Januari 2009
Semakan Panggilan MTeST-KPLI
GangStarz Contestants
Pelajar Akademi Fantasia
Tarikh penting KPLI & DPLI
Azharina, Datuk Sukri sah bercerai
Who is Raja Petra???
Awek Danny X-Fator
MTeST Info
Artis Paling Kontroversi
Jue Aziz dan Jehan Miskin sudah berpisah?
Ina Naim dapat anak lelaki
Ning Baizura
Dynaz
Nasrizal Ngasri
Beego


Norlida bekas tunang Hasmawi diijabkabul

KLUANG 25 April - Bekas tunang pemain bola sepak Kedah, Hasmawi Hassan, Norlida Abdul Rahman, 27, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Mohd. Zaini Md Salim, 30, di Masjid Jamek Felda Ulu Dengar di sini hari ini.

 Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Kahang Timur, Kamsir Bajuri dengan mas kahwin RM22.50 pada pukul 10.22 pagi.

Dengan sekali lafaz, Mohd. Zaini sah menjadi suami kepada wanita yang suatu ketika dahulu pernah kecewa apabila Hasmawi memutuskan pertunangan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada saat-saat akhir sebelum majlis pernikahan berlangsung.

Majlis akad nikah antara Norlida dan Mohd. Zaini yang diadakan secara sederhana itu dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan pasangan pengantin baru itu kelihatan berseri mengenakan busana berwarna krim.

Majlis khatam al Quran dan berinai turut diadakan pada sebelah malam.

Mohd. Zaini yang bertugas di sebuah institusi kewangan di Pontian ketika ditemui menyifatkan Norlida sebagai wanita yang cukup cantik dan sempurna untuk menjadi isterinya.

"Dia tidaklah secantik ratu, tetapi ketulusan dan budi pekertinya menambat hati saya," katanya.

Namun, menurutnya, dia mengambil masa selama dua tahun untuk menambat hati Norlida supaya mempercayai kejujuran dan hasrat hatinya itu.

Ditanya mengapa terlalu lama masa yang diambil untuk memikat Norlida, Mohd. Zaini dengan tenang menjawab, isterinya itu seakan-akan trauma dengan kisah silamnya sehingga menyebabkan kepercayaan terhadap lelaki lain semakin pudar.

"Dalam tempoh tersebut, saya diuji dengan pelbagai dugaan oleh Norlida. Bagaimanapun saya tetap dengan keputusan saya untuk menikahinya," katanya.

Katanya, cintanya pada Norlida bukan lahir atas dasar simpati tetapi kasih sayangnya itu sememangnya terbit daripada hati dan berjanji akan menjaga Norlida hingga ke akhir hayat.

Bertugas sebagai Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan Kayu Ara Pasong, Pontian, Norlida menerima wang hantaran sebanyak RM7,381 berdasarkan tarikh lahirnya, selain menerima enam hantaran daripada pihak lelaki yang dibalas lapan oleh pihak perempuan.

Kisah percintaan Norlida dan Hasmawi menjadi perbualan hangat gara-gara pemain bola sepak itu bertindak memutuskan pertunangan kurang 24 jam sebelum persandingan mereka berlangsung pada Disember 2004.

Kekecohan timbul kerana pertunangan itu diputuskan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan ia dianggap banyak pihak sebagai mengaibkan pihak perempuan serta meminggirkan adat Melayu.

Norlida kemudiannya mengambil keputusan untuk menuntut keadilan di mahkamah berikutan pihak Hasmawi menuntut supaya diserahkan kembali semua pemberiannya sepanjang hubungan mereka sebelum ini selain mendakwa dirinya terkena ‘penyakit buatan orang’.

Hasmawi kemudian melangsung perkahwinan dengan Noraini Abdul Razak, petugas Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan tidak lama selepas itu.

Leave a Reply