Main Menu
Entertainment
Career
Video
Script
Articles
Info
Album

Entry Menarik:Gambar Kahwin:
DPLI Ambilan Januari 2009
Semakan Panggilan MTeST-KPLI
GangStarz Contestants
Pelajar Akademi Fantasia
Tarikh penting KPLI & DPLI
Azharina, Datuk Sukri sah bercerai
Who is Raja Petra???
Awek Danny X-Fator
MTeST Info
Artis Paling Kontroversi
Jue Aziz dan Jehan Miskin sudah berpisah?
Ina Naim dapat anak lelaki
Ning Baizura
Dynaz
Nasrizal Ngasri
Beego


Khai dan Rosma diijabkabul

PENGANTIN BARU: Khai dan Rosma bersanding pada konsert keenam AF6 di Dewan Sivik, MBPJ, malam tadi.

PUTRAJAYA: Naib Juara Akademi Fantasia Musim Pertama (AF1), Mohd Khairul Nizam Wahi (Khai), 29, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Rosmawati Sidik (Rosma), 23, pada majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Putra, di sini pagi semalam.

Dengan sekali lafaz, pasangan popular itu selamat dinikahkan Imam Besar Masjid Putra, Ustaz Abdul Manaf Mat pada jam 11.55 pagi, yang turut disaksikan anggota keluarga terdekat, selain teman rapat termasuk bekas rakan seperjuangan mereka dalam program realiti TV berkenaan.

Pada majlis itu, Khai yang berasal dari Johor Bahru membawa sembilan dulang hantaran, termasuk mas kahwin RM100 dan wang hantaran RM16,161.61, seterusnya dibalas dengan 11 dulang hantaran oleh keluarga pengantin perempuan.

Khai ketika ditemui selepas majlis pernikahannya, berkata beliau bersyukur kerana impiannya untuk bersatu dengan buah hatinya itu menjadi kenyataan, selain majlis pernikahan yang berjalan lancar seperti dirancang.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan impian kami melayari kehidupan suami isteri kini menjadi kenyataan. Saya dan Rosma berharap peminat mendoakan kebahagiaan kami," katanya.

Pernikahan Khai dan Rosma semalam turut menjawab segala teka teki mengenai percintaan mereka yang disembunyikan sebelum ini, sehinggalah pasangan itu menghadiri kursus perkahwinan di Bangsar, Kuala Lumpur awal tahun ini.

Majlis persandingan pasangan yang mula menjalin cinta ketika AF1 pada 2003 akan diadakan di Dewan Persidangan Perbadanan Putrajaya jam 8.30 malam ini, khusus untuk sanak saudara, tetamu jemputan dan peminat.

 

sumber: http://www.bharian.com.my

Leave a Reply