Kenapa Mawi Tak Mengundi???…

Laaaa…tak tahu le pulak artis paling popular kita ni tak pergi mengundi masa orang sibuk menjalankan tugas membuang undi pada 8 Mac hari tu. Kenapa agaknya yer???Oooo…Rupa-rupana dia pergi bercuti bersama 14 peminatnya di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Tapi kenapa la Si Mawi ni pilih tarikh mengundi nak pergi melancong???
Dengar penjelasan Mawi ni ya…
“Saya ingin maklumkan tiket penerbangan kami ke sana ditempah sejak dua bulan sebelum hari mengundi (8 Mac). Langkah saya bersama peminat bercuti pada masa itu tidak disengajakan. Saya tidak mahu menghampakan peminat yang sudah membelanjakan lebih RM8,000 untuk pakej percutian itu.
“Dalam hati saya, rasa bersalah tetap wujud apabila tidak mengundi. Mana boleh saya tidak hiraukan hari mengundi tetapi saya tidak boleh buat apa-apa. Di sini, saya mewakili 14 peminat saya ingin memohon maaf atas kejadian itu,” katanya.





