Ina Naim dapat anak lelaki

Tahniah diucapkan kepada Ina Naim atau nama sebenarnya Nor Diana Mohd Naim, 24, kerana selamat melahirkan bayi lelaki sulungnya seberat 3 kilogram secara normal di Pusat Perubatan Gombak (GMC) di sini, semalam.
Ina yang bersalin pada jam 12.20 tengah hari, dimasukkan ke GMC sekitar jam 10 malam Khamis lalu.
Katanya, dia bersyukur kerana diri serta bayinya selamat dan berada dalam keadaan sihat.
Alhamdulillah saya dan suami (Suhaimi Mohd Saad, 28) sudah bergelar ibu dan bapa. Buat masa ini, bayi kami belum diberi nama kerana masih mempertimbangkan nama yang sesuai. Insya-Allah, kami akan menamakannya secepat mungkin.
Sementara itu, Shuhaimi yang tidak berenggang sesaat pun dengan isterinya berkata, dia amat bersyukur kerana dua orang tersayangnya selamat dan sihat.
Katanya dia turut gembira kerana Tuhan memberikannya zuriat lelaki seperti diharapkan sebelum ini.
Sepanjang Ina sakit hendak bersalin, saya sentiasa di sisinya. Malah, saya juga melihat sendiri dia melahirkan anak kami yang comel, kacak dan sempurna ini. Apapun, di sebalik kegembiraan ini, saya bimbang kerana tanggungjawab keluarga sudah bertambah.
“Namun, saya akan berusaha memberi yang terbaik untuk keluarga kami. Insya Allah, saya yakin mampu melakukannya,” kata penyanyi dan guru di Sekolah Rendah Agama, Al Irsyad, Kuantan, Pahang itu.
Pasangan Ina dan Shuhaimi yang juga bekas anggota kumpulan nasyid In-Team diijabkabulkan pada 12 Ogos tahun lalu di Masjid Jamek Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor dengan wang hantaran sebanyak RM10,000 dan mas kahwin RM22.
Mereka bertunang pada 6 Jun tahun lalu selepas empat bulan berkenalan ketika sama-sama bekerja di bawah satu bumbung di Hijjaz Records Sdn Bhd. Ina setakat ini sudah tampil dengan album mini yang mengetengahkan dua single Duhai Hati dan Lukisan Hati.
sumber: http://www.hmetro.com.my/






December 23rd, 2008 at 12:02 am
feeiiiwwitttt…dh dpt anak tu….
June 8th, 2011 at 9:15 pm
Thanks for ones marvelous posting! I genuinely enjoyed reading it, you might be a great author.I will make sure to bookmark your blog and will often come back later in life. I want to encourage continue your great posts, have a nice weekend!
September 10th, 2011 at 8:33 pm
My spouse and i have been really happy that Louis could carry out his preliminary research through your ideas he was given using your weblog. It’s not at all simplistic just to continually be handing out guidance which often some people might have been trying to sell. We really discover we now have the website owner to thank for that. Most of the explanations you have made, the easy site menu, the relationships you can assist to promote - it is many fabulous, and it’s really leading our son in addition to the family reckon that the theme is entertaining, and that’s very fundamental. Thanks for all the pieces!