Cincin Mawi & Ikin Sama???
ISU cincin yang tersarung di jari manis Mawi nampaknya masih belum berkesudahan sehingga kini. Selagi tidak dijelaskan bagaimana cincin yang sama boleh tersarung di jari Ikin, selagi itulah Mawi mahupun Ikin terus menjadi buruan media yang inginkan kepastian kedua-dua belah pihak.
Bertemu Mawi ketika penyanyi ini menghadiri siri jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH 2007) di Johor Bharu, Sabtu lalu, persoalan yang sama turut diajukan padanya.
Alamak! Nak kena cerita pasal cincin ke?" Demikian reaksi Mawi apabila penulis bertanyakan perihal kisah cincin yang sehingga kini masih lagi menjadi misteri di kalangan peminat penyanyi ini. Dari riak wajahnya, Mawi seboleh mungkin cuba mengelak menjawab pertanyaan berbaur peribadi itu.
Tetapi, apabila dimaklumkan bahawa Ikin sudah menjelaskan perkara itu kepada media, Mawi mengalah juga akhirnya. Selepas mendiamkan diri buat seketika, Mawi kembali bersuara.
Cincin ini memang hadiah Ikin. Dan ia adalah sebagai tanda persahabatan antara kami berdua," dedah Mawi selepas sekian lama cuba merahsiakan perkara itu.
Ditanya apakah pula hadiah balasan kepada Ikin, Mawi enggan mendedahkannya sebaliknya dia hanya mengatakan, "Adalah sesuatu… " sambil mengukir senyuman penuh bermakna. Bagaimanapun, Mawi tidak menafikan yang dia ada memberikan cenderamata sebagai kenangan buat Ikin setiap kali dia kembali dari luar negara.
Masa saya di Syria hari itu, ada juga saya belikan dia tudung," cerita Mawi dalam nada yang ceria.
Diusik pertanyaan kononnya dia kini sedang sibuk membuat persiapan untuk menempuhi alam berumah tangga, Mawi menafikan kesahihan perkara itu.
Belum, belum lagi. Tapi saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga bila-bila masa dari sekarang," jelas Mawi yang juga hanya menguntumkan senyuman apabila ditebak kononnya dia sudah pun menghadiri kursus perkahwinan sebagai persediaan untuk bergelar suami.






September 30th, 2010 at 11:22 am
You got some great ideas there. I did a search on the issue and learnt most peoples will agree with your blog. You can find them with stars that rotate along the ceiling.