Azharina dan Sukri akhirnya bercerai
![]() |
SAAT bahagia Azharina bersama Sukri tetapi rumah tangga mereka tidak berkekalan.
|
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Elergi Sepi, Azharina Azhar telah pun mengesahkan bahawa dia dan suami, Datuk Sukri Mohamed, 50 telahpun bercerai sejak tiga bulan yang lalu.
Azharina yang berkahwin dengan bekas Ahli Parlimen Machang serta pemilik syarikat guaman berasal dari Kota Bharu itu semenjak dua tahun lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.
"Memang kami sudah bercerai. Saya yang minta cerai dan Februari lalu suami telah menceraikan saya dengan talak satu,” katanya kepada Kosmo!
Ditanya punca perceraian, Azharina sekadar menjelaskan ia dibuat demi kebaikan kedua-dua belah pihak.
"Saya masih mencintai Sukri. Bahkan hubungan kami selepas bercerai tetap baik.
"Saya tahu ramai yang seronok dengan perceraian kami. Apa pun saya reda dengan suratan takdir bahawa jodoh kami sampai di sini saja,” katanya.
sumber: kosmo.com.my








May 12th, 2008 at 9:27 am
huyyooo..jauh perbezaan umur tu…
May 13th, 2008 at 4:56 pm
cinta tak kenal siapa la katakan…tapi nak buat camana, jodoh tak panjang. Pelik juga, apasal la artis ni selalu kahwin cerai. Apa masalah deorang ni ek???
December 22nd, 2008 at 11:41 pm
cinta yg di cemuh….saampi terpakse bercerai…isk2..