Main Menu
Entertainment
Career
Video
Script
Articles
Info
Album

Entry Menarik:Gambar Kahwin:
DPLI Ambilan Januari 2009
Semakan Panggilan MTeST-KPLI
GangStarz Contestants
Pelajar Akademi Fantasia
Tarikh penting KPLI & DPLI
Azharina, Datuk Sukri sah bercerai
Who is Raja Petra???
Awek Danny X-Fator
MTeST Info
Artis Paling Kontroversi
Jue Aziz dan Jehan Miskin sudah berpisah?
Ina Naim dapat anak lelaki
Ning Baizura
Dynaz
Nasrizal Ngasri
Beego


ABPBH 2007: Doa Ikin buat Mawi

Sumber:Berita Harian

Adik beradik kembar, Ikin dan Aenn juga turut mengambil kesempatan meninjau bilik kiraan undi borang undian Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 di Balai Berita pada petang 18 Mac lalu. Mereka begitu teruja melihat petugas yang bagaikan lipas kudung memasukkan data undian ke dalam komputer bagi memastikan pengiraan undi berjalan lancar.

Kehadiran Ikin dan Aenn petang itu sedikit sebanyak menyuntik semangat kepada petugas untuk terus mengira borang undian dan memasukkan data dalam komputer.

Seronok juga dapat melihat dan melalui proses undian borang ABPBH 2007 ini dilaksanakan. Bukan satu kerja yang mudah untuk mengira dan meneliti satu persatu borang undian yang telah dihantar. Nampak memang rumit kerjanya tapi itulah cabaran yang harus dilepasi setiap petugas yang bertanggungjawab mengira undi,” ungkap Ikin dalam nada penuh ceria.

Ditebak adakah Mawi bakal menyandang lagi gelaran Bintang Paling Popular pada tahun ini, Ikin dan Aenn ada jawapan mereka yang tersendiri.

Secara rambang, Ikin tak boleh menelah yang Mawi akan sekali lagi merangkul trofi idaman ramai itu. Agak sukar untuk meramal siapa yang bakal menang dan menggenggam trofi itu. Itu semua soal rezeki, semuanya terletak kepada peminat selebriti yang telah tercalon.

Jika mereka terus menyokong secara padu dan mengundi selebriti kegemaran, tak mustahil selebriti yang dipilih akan menang. Semuanya ketentuan Tuhan. Persaingan juga semakin sengit. Bagaimanapun Ikin doakan Mawi akan berjaya. Insya-Allah….” akui Ikin yang mendapat tawaran menjadi duta untuk sebuah syarikat teknologi maklumat. Tawaran itu masih dalam proses perbincangan.

Sementara itu, Aenn secara jujur tidak berani berteka-teki mengenai selebriti mana yang bakal menang, sekali gus ditabalkan sebagai Bintang Paling Popular.

Aenn tak berani mengulas lanjut. Kita tunggu saja debaran malam kemuncak pada 30 Mac ini. Jika ada rezeki untuk Mawi menyandang sekali lagi trofi Bintang Paling Popular, Aenn tumpang gembira saja. Tapi jangan dilupakan calon selebriti lain yang rata-ratanya memang diakui kehebatan mereka.

Insya-Allah kalau tiada aral melintang, Aenn dan Ikin akan sama-sama memeriahkan lagi malam ABPBH 2007 nanti. Semoga pihak Berita Harian akan mencatat kejayaan sekali lagi melalui penganjuran ABPBH 2007. Sama-sama kita doakan supaya semua yang telah dirancang akan berjaya direalisasikan,” demikian ungkap Aenn.

Di akhir sesi tinjauan Ikin dan Aenn di bilik undian, petugas mengambil peluang keemasan untuk bergambar bersama dua gadis kembar ini. Apatah lagi, Ikin yang kini kononnya sedang hangat dikaitkan dengan Mawi, finalis kategori Penyanyi Lelaki Popular.
 

One Response to “ABPBH 2007: Doa Ikin buat Mawi”

  1. 1
    Delilah Kauzlarich Says:

    Reading the labels on food will allow your body to lose the weight quickly. During the process of sleep, your body will refresh and get ready for the next day’s activity and calorie burning.

Leave a Reply