klik di sini untuk semakan panggilan MTeST-KPLI
This entry was posted
on Friday, May 16th, 2008 at 12:17 am and is filed under Career.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.
March 22nd, 2010 at 11:32 pm
FAKTOR PEMILIHAN PENGAJIAN BERDASARKAN KELULUSAN IJAZAH
Calon hendaklah berhati-hati ketika memilih bidang pengajian/pengkhususan KPLI, dan ini hendaklah dilakukan berdasarkan bidang anda iaitu kelulusan ijazah dan bukan bergantung pada minat. Contohnya, Calon A ialah lulusan pengajian mikrobiologi UM, berminat untuk mengajar dan mempunyai pengalaman mengajar sebagai GSTT serta kerap mengadakan kelas tuisyen di kawasan perumahan. Beliau memohon KPLI dan oleh kerana sebelum ini beliau memang minat subjek Matematik lalu memohon pengajian Matematik. Akhirnya, keputusan untuk menduduki peperiksaan Mtest keluar dan malangnya nama calon A tidak keluar, beliau gagal untuk menduduki Mtest. Apakah sebabnya ? Walaupun beliau mempunyai pengalaman mengajar Matematik selama 3 tahun dan Matematik merupakan subjek kegemaran beliau, namun apa yang berlaku ialah :
* Beliau gagal tersenarai kerana persaingan yang hebat berlaku. Calon-calon lain yang memang datang dari pengkhususan Matematik Tulen, Teknologi Maklumat, dan Kejuruteraan juga memilih Matematik sebagai opsyen KPLI. Sudah tentu kementerian akan mempertimbangkan calon-calon ini berbanding A, walaupun A mempunyai pengalaman mengajar Matematik dan mendapat kecemerlangan dalam subjek Matematik dalam SPM atau di peringkat Ijazah ( sesetengah subjek matematik yang digunakan dalam mikrobiologi seperti statistik ) . Beliau terpaksa bersaing dengan berpuluh-puluh ribu calon lain yang memang mengkhusus di dalam bidang Matematik.
* Beliau memilih opsyen Matematik Sekolah Menengah, di mana persaingan sememangnya sangat tinggi untuk mendapatkan tempat menduduki Mtest.
Tahun berikutnya, calon A menukar strategi dengan mengambil opsyen Sains Sekolah Rendah dan berjaya menduduki Mtest dan berjaya lulus temuduga KPLI dan beliau sudahpun memulakan tugas sebagai guru sekolah rendah di kawasan pendalaman di Sabah. Opsyen Sains Sekolah Rendah mempunyai persaingan juga tetapi peluang untuk berjaya adalah lebih tinggi berbanding Sekolah Menengah.
Calon B yang mengkhusus di dalam bidang ijazah Kimia merupakan lulusan
UKM telah memohon KPLI. Namun, disebabkan minat dan kecenderungan di dalam Bahasa Inggeris, beliau memohon opsyen Bahasa Inggeris Sekolah Rendah. Keputusannya, gagal menduduki mtest. Ini disebabkan :
* Beliau terpaksa bersaing dengan calon yang mempunyai ijazah TESL, pengajian Bahasa ( fonetik ) dan Sains Kemasyarakatan di mana kementerian akan mengutamakan calon-calon ini yang memang khusus di dalam pengajian bahasa. Walaupun beliau mendapat keputusan Kelas Pertama di UKM, dan subjek-subjek Bahasa Inggeris menunjukkan kecemerlangan, namun ia masih belum mencukupi.
Beliau tidak patah semangat malah mencuba lagi tahun berikutnya. Kali ini, calon B memilih opsyen Kimia Sekolah Menengah. Beliau berjaya menduduki Mtest dan lulus temuduga dan bertugas di Sarawak sebagai guru Kimia di sekolah menengah di sana. Beliau berjaya kerana ijazah yang dimilikinya itu memang mengkhusus di dalam kimia, di mana ia amat diperlukan untuk menjadi seorang guru Kimia di sekolah. Walaupun masih bersaing untuk pengajian sekolah menengah, namun keutamaan diberikan kepada beliau kerana :
* Memiliki ijazah sarjana muda Kimia ( sangat spesifik dan relevan dengan sekolah menengah )
* Calon lain yang datang dari pengajian Biologi, Geologi, Fizik Gunaan, Sains Gunaan, Sains Alam Sekitar tidak mendapat tempat kerana bersaing sesama sendiri, bilangan calon yang datang dari pengajian ini sangat ramai setiap tahun ( tiada peluang kerja ), dan tidak mengkhusus seperti calon A walaupun mereka mempunyai asas dan mengambil subjek Kimia Asas, Kimia Industri, Polimer dan sebagainya di Universiti dulu. Apa yang boleh dilakukan ialah, mereka-mereka ini sepatutnya memilih opsyen seperti Sains Sekolah Rendah, di mana aspek pengkhususan bidang adalah lebih umum dan tidak terlalu spesifik, atau memilih opsyen Biologi Sekolah Menengah, Fizik Sekolah Menengah.
Calon C di merupakan pemegang ijazah kejuruteraan mekanikal dari UKM dan memohon KPLI kerana tidak tahan lagi dengan tekanan di kawasan kerja dan sudah bosan dengan rutin kerja keluar awal pagi dan balik pada jam 11 malam setiap hari. Beliau inginkan ketenangan ketika bekerja dan tidak kisah tentang gaji kerana beliau sedar bahawa gaji yang banyak tidak menjanjikan ketenangan jiwa kepada beliau, sebenarnya jiwa calon C adalah lebih sesuai menjadi pendidik dan tinggal di kawasan desa, di mana potensi beliau akan meningkat selari dengan ketenangan di desa.
Calon C memilih pengajian Agama Islam Sekolah Rendah kerana sangat minat mengajar agama dan mempunyai cita-cita bergelar ustaz dan mengambil keputusan untuk terus mendalami bidang agama semasa bekerja sebagai guru. Ini memakan diri beliau kerana hampir 98% calon yang memilih pengajian agama islam adalah calon yang memiliki ijazah di bidang syariah, tasawur, bahasa arab dan kebanyakannya datang dari Fakulti Pengajian Islam, yang rata-ratanya memang sukar mendapat kerja setelah tamat pengajian, peluang kerja tidak banyak sedangkan bilangan calon yang keluar setiap tahun berpuluh-puluh ribu. Ada yang mengambil jalan tengah dengan menyambung ke peringkat Sarjana namun masih gagal untuk mendapat kerja.
Apa yang berlaku di sini ialah berlakunya konflik yang sangat hebat, persaingan yang sangat hebat. Calon C merupakan pemegang ijazah kejuruteraan mekanikal dengan kelulusan kelas pertama, sering terlibat dengan aktiviti agama di tempat beliau dan membuat kelas-kelas mengaji al-Quran di waktu hujung minggu. Secara logiknya, seorang yang mempunyai kelulusan yang sangat hebat sudah tentu berjaya masuk ke bidang yang lebih kurang mendapat tempat tetapi beliau gagal menduduki Mtest. Beliau gagal bersaing dengan permohonan-permohonan dari ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang lain.
MTEST untuk KPLI terdiri daripada 4 bahagian iaitu kertas pemahaman Bahasa Melayu, pemahaman,Bahasa Inggeris, (Kuantitatif)Matematik, (Kualitatif) Analitikal dan INSAK. Persaingan adalah amat sengit, mungkin antara peperiksaan yang paling memenatkan dan menguji secara mendalam akan setiap aspek pengetahuan yang dimiliki oleh calon. Persoalan yang jelas ialah bagaimanakah calon yang datang dari pelbagai latar belakang kelulusan akademik dan pengkhususan dapat lulus dengan cemerlang ? Adakah faktor nasib memainkan peranan di sini ?
Jawapannya adalah bergantung kepada persediaan dan strategi calon itu sendiri, calon yang lebih berinformasi dan merancang dari awal untuk berjaya sudah tentu berjaya, walaupun mempunyai kelulusan PNGK yang rendah atau dari pengkhususan akademik yang ‘biasa’. Calon dari pengajian sains hayat dapat melepasi Mtest sedangkan calon pengajian kejuruteraan gagal. Ini membuktikan bahawa pengetahuan sedia ada calon belum tentu dapat menyelamatkan mereka. Rahsianya akan cuba dibongkar di dalam buku panduan istimewa ini.
KUNCI KEJAYAAN
Semua calon secara logiknya memang sudah mencapai syarat untuk KPLI
tetapi bayangkanlah dalam Malaysia ini hanya ada 28 maktab perguruan sahaja dan bilangan calon yang ingin dimasukkan agak ramai. Jadi persaingan adalah amatlah sengit . Semua calon mempunyai daya fikir seseorang yang sudah matang, ada yang pernah bekerja dan sudah berumah tangga. Walaupun dari pengajian kejuruteraan, fizik, biologi, matematik, bahasa (fonetik), geografi, sejarah, perakaunan, TESL dan pengajian agama Islam, tahap fikir/daya fikir setiap calon adalah hampir sama di mana tiada jurang yang luas antara calon A atau calon B. Jadi, calon yang menguasai kepantasan menjawab, berkeyakinan tinggi dan sentiasa tenang sepanjang peperiksaan mempunyai peluang yang lebih cerah. Jika anda berfikir calon yang berjaya masuk ke KPLI ialah terdiri daripada mahasiswa yang paling bijak pandai, anda sudah silap. Sebenarnya, calon-calon yang berjaya masuk ke KPLI mempunyai ciri-ciri ini :
KETENANGAN MENJAWAB SOALAN, KEYAKINAN DAN KEPANTASAN MENJAWAB.
……..dapatkan ebook ini..ada banyak rahsia yang perlu anda tahu untuk lulus Mtest dan Temuduga KPLI….=)
June 13th, 2010 at 3:22 pm
good..
August 8th, 2010 at 11:26 am
This is a really good read for me, Must admit that you are one of the best bloggers I ever saw.Thanks for posting this informative article. It used to be that you could leave an account unused for several months before they would do that.