Semakan Tawaran Ke Program KPLI 2010
Semakan Tawaran Ke Program KPLI 2010
Main Menu
Entertainment
Career
Video
Script
Articles
Info
Album

Entry Menarik:Gambar Kahwin:
DPLI Ambilan Januari 2009
Semakan Panggilan MTeST-KPLI
GangStarz Contestants
Pelajar Akademi Fantasia
Tarikh penting KPLI & DPLI
Azharina, Datuk Sukri sah bercerai
Who is Raja Petra???
Awek Danny X-Fator
MTeST Info
Artis Paling Kontroversi
Jue Aziz dan Jehan Miskin sudah berpisah?
Ina Naim dapat anak lelaki
Ning Baizura
Dynaz
Nasrizal Ngasri
Beego


KPLI 2009

KPLI kemasukan 2009 dah keluar..Isi online di http://apps.emoe.gov.my/kpli/iklan.html. Nombor PIN boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara mulai 27 Mac 2008 hingga 13 April 2008 dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam Sahaja). Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor pin ini. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan

Tarikh tutup permohonan : 13 April 2008

Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEPENUH MASA
    Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :
   
Bil.
Kod Baru
Bidang
1
A110M0000P
Bahasa Melayu
2
A110E0000P
Bahasa Inggeris
3
A110C0000P
Bahasa Cina
4
A110T0000P
Bahasa Tamil
5
A111M0000P
Matematik
6
A111S0000P
Sains
7
A114K0000P
Kemahiran Hidup
8
A115A0000P
Pendidikan Agama Islam
9
A116C0000P
Kajian Sosial
10
A116J0000P
Pendidikan Jasmani
11
A116V0000P
Pendidikan Seni Visual
12
A117B0000P
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
13
A117C0000P
Pemulihan Khas
14
A117K0000P
Bimbingan dan Kaunseling
15
A117M0000P
Pendidikan Muzik
     
     
  KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH MODE LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH j-QAF.
  Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :
 
Bil.
Kod
Bidang
1
A210A0000L
Bahasa Arab
2
A215A0000L
Agama Islam
3
A217C0000L
Pendidikan Pemulihan j-QAF
 

 

Kesesuaian Ijazah dengan bidang pengajian: 

Berikut adalah contoh kesesuaian ijazah dengan bidang pengajian yang ditawarkan:
1. BIDANG PENGAJIAN KPLI BAGI SEKOLAH RENDAH (Jadual A)

Bil
Kod
Bidang
Kesesuaian Ijazah

1.

A110M0000P
Bahasa Melayu Pengajian Bahasa Melayu dan Kesusasteraan / Bahasa Malayu dan Linguistik / Bahasa Melayu dan Liguistik / Linguistik
2.
A110E0000P
Bahasa Inggeris Pengajian Inggeris / English Literature
                       atau
Pemohon yang memiliki Ijazah dari universiti dalam atau luar negara yang menggunakan pengantar Bahasa Inggeris dengan syarat memiliki sekurang-kurangnya kepujian C5 bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

3.

A110C0000P
Bahasa Cina Pengajian Bahasa Cina / Bahasa Mandarin / Kesusasteraan Cina
4.
A110T0000P
Bahasa Tamil Pengajian Bahasa Tamil / Kesusasteraan Tamil
5.
A111M0000P
Matematik Matematik / Statistik / Aktuari
                       atau
Calon yang memiliki ijazah lain, mesti mempunyai kepujian C6 dalam mata pelajaran Matematik Tambahan di peringkat SPM atau pangkat C dalam Matematik peringkat Matrikulasi / STPM.
6.
A111S0000P
Sains

Sains (Fizik / Kimia / Biologi)
Kejuruteraan (Awam / Elektrik / Mekanikal)

7.
A114K0000P
Kemahiran Hidup

Pembangunan Manusia / Sains Pertanian / Perdagangan / Teknologi Kejuruteraan

8.
A115A0000P
Agama Islam Syariah / Usuluddin / Pengajian Islam / Al Qur’an dan Sunnah
9.
A117B0000P
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pengajian Pendidikan Khas / Sains Kognitif / Psikologi / Biologi
10.
A117C0000P
Pendidikan Pemulihan Khas Pengajian Pendidikan Khas / Sains Kognitif / Psikologi / Biologi / Matematik / Ijazah Umum
11.
A117M0000P
Pendidikan Muzik Seni Muzik / Persembahan
12.
A116J0000P
Pendidikan Jasmani

Sains Sukan / Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
                       atau
Calon yang cergas dan aktif sukan dan permainan

13.
A116V0000P
Pendidikan Seni Visual Seni Lukis / Seni Halus / Seni Grafik / Seni Lukis dan Seni Reka
14.
A116C0000P
Kajian Sosial

Geografi / Geologi / Geoinformatik / Sejarah / Sejarah dan Tamadun / Perhubungan Antarabangsa / Kajian Antarabangsa

15.
A117K0000P
Bimbingan dan Kaunseling Kaunseling

 

2. BIDANG PENGAJIAN KPLI SR j-QAF MODE LPBS BAGI SEKOLAH RENDAH (Jadual B)
Bil
Kod
Bidang
Kesesuaian Ijazah
1.
A210A0000L Bahasa Arab Pengajian Bahasa Arab / Kesusasteraan Arab
2.
A215A0000L Agama Islam Syariah / Usuluddin / Pengajian Islam / Al Qur’an dan Sunnah
3.
A217C0000L Pemulihan j-QAF Pengajian Bahasa Arab / Kesusasteraan Arab / Syariah / Usuluddin / Pengajian Islam / Al Qur’an dan Sunnah

 

Kalendar Aktiviti Proses Pengambilan KPLI 2009:

Bil
Aktiviti
Tarikh
1
Iklan Permohonan KPLI Ambilan Januari 2009. 27 Mac 2008
2
Permohonan dibuka (Permohonan dibuat secara online)
Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional sehingga 13 April 2008
27 Mac 2008
3
Permohonan ditutup.
(Pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup)
13 April 2008
4
Semakan nama calon dipanggil menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia
(Malaysian Teacher Selection Test – MTeST)
(Pemohon yang layak dikehendaki mencetak Surat Panggilan Ujian melalui Internet dan dibawa bersama semasa ujian)
16 Mei 2008
5
Pentadbiran ujian MTeST seluruh negara (Sila bawa Surat Panggilan Ujian sebagai bukti) 24 Mei 2008
6

Semakan nama calon berjaya dipanggil temu duga
(Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui Internet)

15 Julai 2008
7

Temu duga KPLI Ambilan Januari 2009
(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga , Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui Internet yang telah dilengkapi)

21 Jul 2008
hingga
19 Sep 2008
8
Semakan Tawaran calon berjaya ke institut pendidikan guru (IPG)
(Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG)
24 Disember 2008
9
Pendaftaran calon di institut perguruan.
(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institut Perguruan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar)
12 Januari 2009

 

Untuk info dari semasa ke semasa mengenai KPLI ambilan 2009, layari http://www.moe.gov.my

40 Responses to “KPLI 2009”

  1. 1
    ieyma Says:

    erm…ramainye minta…58ribu…nak 18 ribu jer

  2. 2
    nurul haslan Says:

    bila surat panggilan temuduga keluar dan bila nak semak nama untuk yang dipanggil temuduga. tolong reply sgera.

    kenapa moe.gov.my tidak dapat log in dan paparan asyik failure?

  3. 3
    yana Says:

    bukan 18 ribu ieyma 8098 je. harap harap BPG menimbang semula rayuan mereka yang dah aply 5,-10 kali

  4. 4
    syahrul Says:

    InsyaAllah…Klu kita sungguh2 n ikhlas ingin menjadi seorang guru…bisa mendidik berjuta pelajar..kita tetap akan jadi guru..Percaya dan yakin dgn pembahagian rezeki drp Allah :)

  5. 5
    abi Says:

    salam..aku baru nak daftar…cme ek?

  6. 6
    shuya Says:

    huhu..bagi yg baru bercadang nak daftar..boleh try KPLi intake 2010.yea.just wait k.

  7. 7
    bdk maktab johor Says:

    KPLI patut dh tamat tahun 2008 ni..tapi IPG baik hati bukakan lagi tawaran tuu.. bersyukurlah sapa yg dpat..dan ser lagi..pengajian mybe dilanjutkan selama 2 tahun coz keluaran yg ada sekarang kurang berquality..-sory sapa yg terasa..

  8. 8
    abe2008 Says:

    ada lagi tak kpli untuk tahun depan?

  9. 9
    ntah sapa2 ntah Says:

    kpli takkan di mansuhkan cuma bilangannya dikurangkan..itu sahaja..harap maklum..

  10. 10
    AMOI Says:

    hampir 5 kali cuba kpli ni tp blum lai dpt2. Kenapa ye? x rezeki kut. klu kpli 2010 dah ada dont forget to inform me ok

  11. 11
    siti Says:

    bal tarikh permohonan kpli 2010 akan open ye?

  12. 12
    siti Says:

    bla tarikh permohonan kpli 2010 akan open ye?
    around 27 mac 2009 ni ke?

  13. 13
    IPG Besut Says:

    Saya adalah salah soarang tenaga pengajar guru kpli dan kplspm…untuk pengetahuan anda semua, mulai ambilan tahun 2010 kurang dari 500 orang akan diambol tuk kursus kpli..harap maklum

  14. 14
    abe2008 Says:

    kalu kurang 500 org guru nk ambil..jawap nyer
    kena pakai kabel besar gajahlh jwap nyer…
    So sesiapa yg bercita-cita nk jadi guru tahun depan..pastikan gajah2 anda cukup makan…

  15. 15
    IPG Besut Says:

    Salam, Pembetulan

    Pada tahun hadapan, KPM masih berpegang pada dasar-dasar kpli sebelumnya, mengambil student kpli seramai mungkin bagi memenuhi keperluan pergurauan dan memenuhkan IPG di seluruh malaysia..Kemungkinan melebihi 10,000 tempat, tegas Menteri Pelajaran Malaysia Dato’Seri Hishamuddin Tun Hussein pada mesyuarat tahunan kementeriannya pada awal tahun ini..Sekian, harap membantu

  16. 16
    dayang sulu Says:

    Alhamdulillah, tahun depan 2010 ada lagi KPLI, coz saya betul2 nak sangat , dah 2x intebiu.. namun still gagal lagi, tgh tunggu result rayuan nih.. 29hb Jan kuar result rayuan…

    abe2008 :.. yg penting mtest kena lulus dulu, coz klu kabel sebesar kereta kebal sekalipun, klu mtest x lulus, mmg x ada harapan.. so, bukak buku baru, apply 2010, make sure pass mtest… InsyaAllah…

  17. 17
    FaiMie^ALM Says:

    Relaks and banyakkan bersabar… usaha tangga kejayaan… ade rezeki ade la nanti… saya 1st time apply KPLI alhamdullilah dapat option PJ kat JB (IPTI). Bila da lulus Mtest kena try the best mase interview.. yg penting konfident dan bersemangat… pengalaman iview rasenye iview KPLI paling menarik dan selesa..boleh kut saya share pengalaman saya mase inview tapi ade ke yg nak dengar…

  18. 18
    dayang sulu Says:

    ye laa, masalahnya, macam kes saya nie, dh mmg cuba sehabis baik dah.. semua soalan dijawab dgn lancar, interviewer pun ok, soalan pipp lengkap dijawab, english saya pun lancar… dokumen susun kemas, pakaian ok, semua ok, tapi ntah lah… gagal gak dapat tahun nie… dah 5x amik mtest, 2x amik interview nih… anyway tak pe lah… redha dgn keputusan dan ketentuan Allah walaupun hati rasa kecewa dan sedih yg teramat sgt….

  19. 19
    farhan Says:

    Assalamulaikum, slm sejahtera.. tumpang tanya.

    i) apa beza Diploma Pendidikan dgn KPLI

    ii) kalau saya ada ijazah dalam bidang IT dari IPTA
    tapi nak jadi guru sek menengah, boleh ker.
    bagaimana caranya nak masuk.

  20. 20
    dayang sulu Says:

    kalau nak ngajar sekolah menengah - apply DPLI
    kalau nak ngajar sekolah rendah - apply KPLI..

    just waiting iklan yg akan dikeluarkan sekitar bulan mac….

  21. 21
    jenny Says:

    Saya pun apply KPLI utk intake 2009 tapi gagal….Sekrg tunggu result rayuab keluar pd 29/1, memang kecewa masa xdpt. Pd mulanya hati I memang xconfident sgt utk jadi seorg guru, so i risau byk benda…Tapi lps tau xdpt offer tersebut, hati i btl2 rasa sedih

  22. 22
    lynn Says:

    macam mane nak jawab mtest or medsi supaya lulus?? sy dah cuba 2x tapi x lulus..jwapan yg camne sepatutnya kite jwb??bercita2 besar nak jadi cikgu ne..

  23. 23
    JIE Says:

    Saya berjaya ditwrkn kpli 2nd intake 2009, tapi yg sedihnya husband tak bg pegi plak! sbb skrg stay kat klang, selangor..maktab yg ditawarkan kat JB. Frust..tp terpaksa pilih suami dan lupakan jd cikgu..

  24. 24
    nomay Says:

    bila pengambilan 2010 kpli akan keluar?

  25. 25
    mohd shahril Says:

    saya memang berminat nak jadi guru. borang kpli ambilan 2010 bila boleh dapat?

  26. 26
    nasir Says:

    banyak betul komen daripada sahabat-sahabat sekalian….mudah-mudahan anda semua dapat ikut KPLI yap…

  27. 27
    zyehunt Says:

    saya pernah dapat samapai ke interview kpli2009, tapi tak dapat masuk IPG sebab tak dak skrol masa pi interview…sedihnyaa….
    oleh itu syarat 1st…make sure you have degree tahun 2008 dan keatas kalau nak apply KPLI intake 2010…
    kalau nak jawab mtest dengan baik, dinasihatkan cubalah jawab soalan contoh mtest…bleh dapat kat kedai buku…
    kalau yang nak jadi cikgu sekolah menengah, leh aplly DPLI…dah boleh apply sekarang untuk kemasukan Julai nanti…

  28. 28
    vinz Says:

    bila borang KPLI intake 2010 kluar??

  29. 29
    S.T.A.L.K.E.R Says:

    Saya dah beli pon pin KPLI, dah dijual kat BSN arini, tp kat mana nk apply nih?

  30. 30
    Azri Says:

    Kepada JIE, saya bersimpati dengan anda, Tapi anda tak buat rayuan untuk ditempatkan ke maktab yang lebih dekat. Setahu saya, kalau pemohon yg sudah berkahwin, kemugkinan untuk dapat ke maktab yg lebih dekat cerah. Contohnya, kawan saya yg sudah berkahwin mendapat tawaran di IP Tunku Bainun, B. Mertajam, PP, sedangkan dia tinggal di Kulim. Tidak sampai 15 minit untuk ke IP Tunku Bainun dari Kulim.

  31. 31
    shuck Says:

    kesiannya kat saya…untuk ijazah IT takde pun kursus untuk kpli kali nie…

  32. 32
    oko Says:

    sona u pun org semporna ya….hehehe…

  33. 33
    sona Says:

    tak la oko saya orang ranau tapi banyak mbe asal semporna hehehe

  34. 34
    anne Says:

    shuck bole cuba cos lain.. Kmahiran hdp pun ok..

  35. 35
    tank.. Says:

    utk DPLI..sape2 yg tau cmne nak anta salinan sijil2 yg kne nak anta tu kt mane2 U yg kte aply?? ada sape2 bleh xplain cmne??

  36. 36
    5499 Says:

    nak tye skit.aku amik kos engineering tp aku nk jd cikgu bleh x?

  37. 37
    sona Says:

    shuck selain KH leh aply pemulihan khas coz asal ada ijazah leh aply..

  38. 38
    5499 Says:

    sy amik kos engineering.bleh apply x jadi cikgu.cam berminat pulak

  39. 39
    5499 Says:

    ijazah dr sume universiti ke terima

  40. 40
    admin Says:

    Ok semua perbincangan DPLI & KPLI 2009 kita sambung kat sini: http://www.pinah.com/career/dpli-ambilan-julai-2009/#comments