KPLI 2009

KPLI kemasukan 2009 dah keluar..Isi online di http://apps.emoe.gov.my/kpli/iklan.html. Nombor PIN boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara mulai 27 Mac 2008 hingga 13 April 2008 dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam Sahaja). Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor pin ini. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan
Tarikh tutup permohonan : 13 April 2008
Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:
| KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEPENUH MASA | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut : | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH MODE LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH j-QAF. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut : | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kesesuaian Ijazah dengan bidang pengajian:
| Berikut adalah contoh kesesuaian ijazah dengan bidang pengajian yang ditawarkan: |
| 1. BIDANG PENGAJIAN KPLI BAGI SEKOLAH RENDAH (Jadual A) |
|
Bil
|
Kod |
Bidang
|
Kesesuaian Ijazah
|
|
1. |
A110M0000P
|
Bahasa Melayu | Pengajian Bahasa Melayu dan Kesusasteraan / Bahasa Malayu dan Linguistik / Bahasa Melayu dan Liguistik / Linguistik |
|
2.
|
A110E0000P
|
Bahasa Inggeris | Pengajian Inggeris / English Literature atau Pemohon yang memiliki Ijazah dari universiti dalam atau luar negara yang menggunakan pengantar Bahasa Inggeris dengan syarat memiliki sekurang-kurangnya kepujian C5 bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM. |
|
3. |
A110C0000P
|
Bahasa Cina | Pengajian Bahasa Cina / Bahasa Mandarin / Kesusasteraan Cina |
|
4.
|
A110T0000P
|
Bahasa Tamil | Pengajian Bahasa Tamil / Kesusasteraan Tamil |
|
5.
|
A111M0000P
|
Matematik | Matematik / Statistik / Aktuari atau Calon yang memiliki ijazah lain, mesti mempunyai kepujian C6 dalam mata pelajaran Matematik Tambahan di peringkat SPM atau pangkat C dalam Matematik peringkat Matrikulasi / STPM. |
|
6.
|
A111S0000P
|
Sains |
Sains (Fizik / Kimia / Biologi) |
|
7.
|
A114K0000P
|
Kemahiran Hidup |
Pembangunan Manusia / Sains Pertanian / Perdagangan / Teknologi Kejuruteraan |
|
8.
|
A115A0000P
|
Agama Islam | Syariah / Usuluddin / Pengajian Islam / Al Qur’an dan Sunnah |
|
9.
|
A117B0000P
|
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran | Pengajian Pendidikan Khas / Sains Kognitif / Psikologi / Biologi |
|
10.
|
A117C0000P
|
Pendidikan Pemulihan Khas | Pengajian Pendidikan Khas / Sains Kognitif / Psikologi / Biologi / Matematik / Ijazah Umum |
|
11.
|
A117M0000P
|
Pendidikan Muzik | Seni Muzik / Persembahan |
|
12.
|
A116J0000P
|
Pendidikan Jasmani |
Sains Sukan / Pendidikan Jasmani dan Kesihatan |
|
13.
|
A116V0000P
|
Pendidikan Seni Visual | Seni Lukis / Seni Halus / Seni Grafik / Seni Lukis dan Seni Reka |
|
14.
|
A116C0000P
|
Kajian Sosial |
Geografi / Geologi / Geoinformatik / Sejarah / Sejarah dan Tamadun / Perhubungan Antarabangsa / Kajian Antarabangsa |
|
15.
|
A117K0000P
|
Bimbingan dan Kaunseling | Kaunseling |
|
2. BIDANG PENGAJIAN KPLI SR j-QAF MODE LPBS BAGI SEKOLAH RENDAH (Jadual B)
|
|
Bil
|
Kod |
Bidang
|
Kesesuaian Ijazah
|
|
1.
|
A210A0000L | Bahasa Arab | Pengajian Bahasa Arab / Kesusasteraan Arab |
|
2.
|
A215A0000L | Agama Islam | Syariah / Usuluddin / Pengajian Islam / Al Qur’an dan Sunnah |
|
3.
|
A217C0000L | Pemulihan j-QAF | Pengajian Bahasa Arab / Kesusasteraan Arab / Syariah / Usuluddin / Pengajian Islam / Al Qur’an dan Sunnah |
Kalendar Aktiviti Proses Pengambilan KPLI 2009:
|
Bil
|
Aktiviti
|
Tarikh
|
|
1
|
Iklan Permohonan KPLI Ambilan Januari 2009. | 27 Mac 2008 |
|
2
|
Permohonan dibuka (Permohonan dibuat secara online) Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional sehingga 13 April 2008 |
27 Mac 2008 |
|
3
|
Permohonan ditutup. (Pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup) |
13 April 2008 |
|
4
|
Semakan nama calon dipanggil menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) (Pemohon yang layak dikehendaki mencetak Surat Panggilan Ujian melalui Internet dan dibawa bersama semasa ujian) |
16 Mei 2008 |
|
5
|
Pentadbiran ujian MTeST seluruh negara (Sila bawa Surat Panggilan Ujian sebagai bukti) | 24 Mei 2008 |
|
6
|
Semakan nama calon berjaya dipanggil temu duga |
15 Julai 2008 |
|
7
|
Temu duga KPLI Ambilan Januari 2009 |
21 Jul 2008 hingga 19 Sep 2008 |
|
8
|
Semakan Tawaran calon berjaya ke institut pendidikan guru (IPG) (Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG) |
24 Disember 2008 |
|
9
|
Pendaftaran calon di institut perguruan. (Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institut Perguruan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar) |
12 Januari 2009 |
Untuk info dari semasa ke semasa mengenai KPLI ambilan 2009, layari http://www.moe.gov.my







December 31st, 2008 at 2:26 pm
bal tarikh permohonan kpli 2010 akan open ye?
December 31st, 2008 at 2:27 pm
bla tarikh permohonan kpli 2010 akan open ye?
around 27 mac 2009 ni ke?
January 1st, 2009 at 12:57 pm
Saya adalah salah soarang tenaga pengajar guru kpli dan kplspm…untuk pengetahuan anda semua, mulai ambilan tahun 2010 kurang dari 500 orang akan diambol tuk kursus kpli..harap maklum
January 5th, 2009 at 2:40 pm
kalu kurang 500 org guru nk ambil..jawap nyer
kena pakai kabel besar gajahlh jwap nyer…
So sesiapa yg bercita-cita nk jadi guru tahun depan..pastikan gajah2 anda cukup makan…
January 6th, 2009 at 12:25 pm
Salam, Pembetulan
Pada tahun hadapan, KPM masih berpegang pada dasar-dasar kpli sebelumnya, mengambil student kpli seramai mungkin bagi memenuhi keperluan pergurauan dan memenuhkan IPG di seluruh malaysia..Kemungkinan melebihi 10,000 tempat, tegas Menteri Pelajaran Malaysia Dato’Seri Hishamuddin Tun Hussein pada mesyuarat tahunan kementeriannya pada awal tahun ini..Sekian, harap membantu
January 8th, 2009 at 12:05 pm
Alhamdulillah, tahun depan 2010 ada lagi KPLI, coz saya betul2 nak sangat , dah 2x intebiu.. namun still gagal lagi, tgh tunggu result rayuan nih.. 29hb Jan kuar result rayuan…
abe2008 :.. yg penting mtest kena lulus dulu, coz klu kabel sebesar kereta kebal sekalipun, klu mtest x lulus, mmg x ada harapan.. so, bukak buku baru, apply 2010, make sure pass mtest… InsyaAllah…
January 9th, 2009 at 6:26 pm
Relaks and banyakkan bersabar… usaha tangga kejayaan… ade rezeki ade la nanti… saya 1st time apply KPLI alhamdullilah dapat option PJ kat JB (IPTI). Bila da lulus Mtest kena try the best mase interview.. yg penting konfident dan bersemangat… pengalaman iview rasenye iview KPLI paling menarik dan selesa..boleh kut saya share pengalaman saya mase inview tapi ade ke yg nak dengar…
January 13th, 2009 at 3:34 pm
ye laa, masalahnya, macam kes saya nie, dh mmg cuba sehabis baik dah.. semua soalan dijawab dgn lancar, interviewer pun ok, soalan pipp lengkap dijawab, english saya pun lancar… dokumen susun kemas, pakaian ok, semua ok, tapi ntah lah… gagal gak dapat tahun nie… dah 5x amik mtest, 2x amik interview nih… anyway tak pe lah… redha dgn keputusan dan ketentuan Allah walaupun hati rasa kecewa dan sedih yg teramat sgt….
January 15th, 2009 at 8:22 am
Assalamulaikum, slm sejahtera.. tumpang tanya.
i) apa beza Diploma Pendidikan dgn KPLI
ii) kalau saya ada ijazah dalam bidang IT dari IPTA
tapi nak jadi guru sek menengah, boleh ker.
bagaimana caranya nak masuk.
January 21st, 2009 at 9:16 am
kalau nak ngajar sekolah menengah - apply DPLI
kalau nak ngajar sekolah rendah - apply KPLI..
just waiting iklan yg akan dikeluarkan sekitar bulan mac….